MENU

Latar Belakang ‘Royal Klang Town Heritage Walk’ (RKTHW)

Klang dikenali sebagai Bandar Diraja. Ia juga merupakan salah satu daerah yang tertua di Negeri Selangor Darul Ehsan. Terdapat banyak bangunan lama dan bersejarah yang boleh diterokai melalui produk pelancongan Royal Klang Town Heritage Walk / Jejak Warisan Klang. Royal Klang Town Heritage Walk merupakan aktiviti “berjalan kaki”  yang diketuai oleh pemandu pelancong terlatih, dan melalui 11 perhentian yang mempunyai nilai sejarah yang menarik.

Tempat Bersejarah di RKTHW

1. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz 

2. Bangunan Chartered Bank

3. Kelab Diraja Klang

4. Istana Alam Shah

5. Gereja Our Lady of Lourdes

6. Sekolah Convent Klang

7. Jalan Tengku Kelana (Little India)

8. Masjid India

9. Kuil Sri Nagara Thendayuthapani

10. Balai Bomba Klang dan Penyelamat Kota Raja

11. Gedung Raja Abdullah
 

Laluan Pejalan Kaki & Laluan Basikal
Perjalanan adalah sejauh lebih kurang 3 KM dan masa yang akan diambil kira-kira 2 jam 30 minit.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 30 November 2021 - 4:25pm