MENU

Dengan Kereta

Terdapat tiga lebuhraya utama ke Klang, North Klang Valley Expressway (NKVE) menghubungi plaza tol di Klang dengan Lebuhraya Utara Selatan. Pelawat dari Shah Alam, Subang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur boleh menggunakan Shah Alam Expressway (KESAS Highway) untuk ke Klang Selatan. Selain daripada itu,jalan pesisiran pantai dari Banting dan Sepang(selatan) atau Kuala Selangor dan Sabak Bernam(utara) juga boleh digunakan untuk pergi ke Klang.

Dengan Keretapi

Stesen keretapi Klang terletak di bahagian bandar yang berada ke selatan Sungai Klang. KTM komuter,rangkaian keretapi komuter Lembah Klang, menghubungkan Klang terus ke Kuala Lumpur (RM3.60, 50 minit) dan Pelabuhan Klang (RM1.00, 20 minit).

Dengan Bas

Terminal bas terletak di bahagian bandar utara Sungai Klang berhadapan dengan Pasaraya Mydin. Di sini pengunjung boleh menaiki bas ke Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang, Kuala Selangor dan destinasi-destinasi yang lain.

Bas Transnasional dan Cityliner beroperasi dari Klang ke Kuala Lumpur dan pelabuhan Klang. Bas bernombor 710 pergi ke Kuala Lumpur (RM3.00, 35 minit) sementara bas bernombor 126 pergi ke Pelabuhan Klang.

Bas Rapid KL beroperasi di antara Klang, Kuala Lumpur (dari KL Sentral dan Central Market) dan Sunway Pyramid di Petaling Jaya.

Wawasan Sutera dan Metrobus juga memberikan perkhidmatan ke Kuala Lumpur. Operator lain termasuk Ardent Link dan pelbagai syarikat bas mini.

Dengan Bot

Klang tidak terletak di pesisiran laut. Walaubagaimanapun, terdapat perkhidmatan bot di antara Indonesia (Dumai dan Tanjung Balai Asahan) dan Pelabuhan Klang yang berada sejauh 8 km. Terminal Star Cruises terletak di Pulau Indah di Pelabuhan Klang.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 7 March 2024 - 11:36am