MENU

  • Balai ini menempatkan peralatan Nobat Diraja Selangor. Peralatan Nobat Diraja Selangor merupakan peralatan bunyian tradisional yang diwarisi turun-temurun dan hanya dimainkan ketika berlangsungnya Istiadat-istiadat Diraja seperti Pertabalan, Kemahkotaan, Keputeraan DYMM Sultan, Perkahwinan dan Kemangkatan. Nobat tidak boleh dimainkan selain daripada upacara atau istiadat yang disebutkan tadi.

  • Perkataan Nobat ini berasal dari perkataan Parsi Naubat yang bermakna sembilan jenis. Nobat adalah pancaragam diraja yang telah dipakai dari zaman-berzaman di negeri-negeri Melayu untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah Perak, Kedah, Terengganu dan Selangor.

  • Ahli dan pemainnya dipanggil orang Kalur manakala ketuanya dikenali sebagai Toh Setia Guna dan Pembantunya Toh Setia Indera. Ahli dan pemain Nobat Diraja Selangor ini mewarisi kemahiran bermain alat musik nobat berkenaan secara turun temurun.

    Negeri Selangor memperolehi Nobat dari Negeri Perak yang merupakan kelangsungan dari Kesultanan Melayu Melaka.

Peta Lokasi

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am