MENU

  • Meriam-meriam lama di perkarangan Istana Alam Shah ini asalnya berada di Kota Malawati, Kuala Selangor. Pernah digunakan ketika pertempuran di antara Sultan Ibrahim dengan Belanda antara tahun 1784 - 1785.

  • Pada tahun 1865, beberapa pucuk meriam di Kota Malawati telah dibawa ke Klang oleh Raja Mahadi dan digunakan semasa Perang Klang. Meriam-meriam ini yang terletak di Kota Raja Mahadi kemudiannya telah dipindahkan ke Istana Mahkota Puri (Istana Alam Shah hari ini) pada tahun 1899.

  • Semasa Perang Dunia Kedua, beberapa pucuk meriam ini telah hilang diambil tentera Jepun.

Peta Lokasi

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am