MENU

  • Terletak di pekarangan Istana Alam Shah, Klang, muzium hasil cetusan idea Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sejak menjadi Raja Muda Selangor menyimpan pelbagai koleksi berkaitan pasukan bola sepak Selangor termasuklah jersi pemain, piala, cenderahati, keratan-keratan akhbar berkaitan kejayaan pasukan bola sepak Selangor serta bola-bola yang pernah digunakan dalam perlawanan penting sejak 2012.

  • Antara koleksi paling berharga yang disimpan di galeri ini adalah jersi yang dipakai oleh legenda pemain bola sepak tanah air Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari ketika pasukan Selangor menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1986 dan Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

  • Galeri Bola Sepak Selangor hanya boleh dilawati secara berkumpulan dengan permohonan perlu dibuat kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja di Pejabat DYMM Sultan Selangor.

​Peta Lokasi

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am