TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA MAJLIS PERBANDARAN KLANG (SEPTEMBER 2023)
TARIKH IKLAN DIBUKA : 11 SEPTEMBER 2023 (ISNIN)
TARIKH IKLAN DITUTUP : 22 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT)
TARIKH TEMUDUGA : 27 SEPTEMBER 2023 (RABU)
CARA-CARA PERMOHONAN
- Pemohon boleh membeli borang di Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Aras 3, Bangunan Plaza MPK, Jalan Pos Baru Klang
- Harga Borang RM1.00
- Permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta untuk diproses.
- Sebarang kelewatan penghantaran tidak akan dilayan.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PREMIS
- Hanya pemohon yang mengisi lengkap borang permohonan premis akan di panggil temuduga.
- Permohonan yang tidak di isi dengan lengkap TIDAK AKAN DILAYAN
- Kelayakan permohonan premis mestilah WARGANEGARA MALAYSIA dan dilahirkan di Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun pada tarikh tutup iklan
- Sekiranya pemohon memohon di lokasi yang tiada TIADA KEKOSONGAN/ TIDAK IKLANKAN maka permohonan tersebut akan DITOLAK tanpa temuduga
- Bagi pemohon yang TIDAK DILAHIRKAN DIMALAYSIA, tuan/puan diminta untuk menyertakan Salinan "SURAT BERANAK".
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22hb September 2023 (Jumaat) SEBELUM JAM 4.00 PETANG
TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA MAJLIS PERBANDARAN KLANG (SEPTEMBER 2023)