MENU

Sesi Webinar Permohonan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan Di Majlis Perbandaran Klang.

Sesi webinar ini diadakan adalah bertujuan seperti berikut :

a) Satu platform utama untuk ‘social networking’ bagi perkongsian dan penyebaran ilmu pengetahuan berhubung inisiatif Majlis Perbandaran Klang dalam menangani isu dan permasalahan & kawalan pembangunan terhadap pertumbuhan tadika/taska/taski/pusat jagaan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

b) Majlis Perbandaran Klang, dalam usaha yang berterusan untuk memberi maklumat sebenar berkenaan Kebenaran Merancang tadika/taska/pusat jagaan secara terus kepada agensi, perunding dan para pengusaha.

c) Memberi ruang perbincangan terbuka di antara agensi, perunding dan para pengusaha tadika/taska/pusat jagaan dengan Majlis Perbandaran Klang dalam mendapatkan informasi yang betul dan tepat.

d) Memberi makluman kepada agensi, perunding dan para pengusaha berkenaan pentingnya untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang daripada Majlis terlebih dahulu sebelum memulakan operasi.

e) Memberi maklumat kepada pengusaha berkenaan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 172, Akta 133 dan Undang - Undang Kecil Majlis Perbandaran Klang yang boleh diambil kepada pengusaha yang beroperasi sebelum mendapat kelulusan Majlis.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am