MENU

Skim Perkhidmatan : Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam S29
Taraf : Sambilan
Klasifikasi : Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Kosong : 1
Gaji (S29) : RM72.00 Sehari

Tarikh Tutup: 21 Jun 2017

 

Syarat Lantikan
(a) 
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin datau Bahasa Arab; atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(iii) Diploma dalam dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b)

kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan
(a) Lelaki berusia antara 28 hingga 45 tahun.

(b) Keutamaan kepada warga Klang.

(c) Pengalaman dan kemahiran untuk berkomunikasi dalam penyampaian Ilmu Pengajian Islam.

(d) Berpengalaman menjadi imam surau atau masjid dan memberi tazkirah.

Perhatian kepada pemohon

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 7/2016 yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Klang dengan harga RM2.00.

(b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran pasport, Salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang telah disahkan daripada salinan asal;

(c) Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab 'A' dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.

(d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 March 2024 - 11:56am