KLANG- Webinar Sejarah dan Warisan Klang 2021.telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPK, Tn Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin. Hadirsama Y.A.D. Dato' Setia Diraja Dato' Abdul Ghani Bin Haji Pateh Akhir dan Ketua Whip Ahli Majlis MPK.
Webinar Sejarah dan Warisan Klang 2021 sebagai platform untuk mengemukakan hasil kajian serta tafsiran baru tentang perkembangan sejarah dan warisan di Klang serta dapat merangsang pemikiran, penulisan, penyelidikan dan pentafsiran tentang sejarah dan warisan Klang yang lebih seimbang dan menyeluruh.
Webinar Sejarah dan Warisan Klang ini melibatkan kolabrasi rujukan para Warga istana serta kerabat Diraja Selangor, Orang Besar Daerah Klang, , Pegawai Daerah Klang, Ketua-ketua Jabatan / Bahagian MPK, Pegawai serta kakitangan jabatan kerajaan dan swasta, Penghulu serta Ketua Kampung, guru-guru dan para pelajar sekolah serta institusi pengajian tinggi ,warga Klang dan negeri Selangor , hos komuniti , tourism dan lain lain berkaitan.
Pembentangan disampaikan oleh :-
Taklimat Perancangan Warisan Majlis Perbandaran Klang
Faisal bin Dato’ Haji Surani, Kurator MPK
Moderator :-
Dr Azharuddin bin Md Dali
Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM)
Panelis :-
Prof Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali
Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM)
Tajuk: Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah dan Bandar Diraja Klang
Dr. Mardiana binti Nordin
Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM)
Tajuk: Klang di dalam Manuskrip Melayu
Dr. Ling Tek Soon
Institut Pengajian China Universiti Malaya (UM)
Tajuk: Masyarakat Cina di Klang Sebelum Perang Dunia Kedua
Sumber : FB Majlis Perbandaran Klang
Sila klik pautan di sini