Taklimat Penyusunan Peniaga Sedia ada di atas Tanah Kerajaan Jalan Petola.
Tarikh : 23.02.2023 di Tempat: Auditorium MPK
Peniaga sedia ada di atas tanah kerajaan tanah kerajaan Jalan Petola Kampung Raja Uda, Pel. Klang telah dijemput untuk mendengar taklimat berkenaan Cadangan Penyusunan Semula oleh Pihak Majlis. Turut dijemput Ahli Majlis kawasan Tuan Haji Halid bin Kaab dan Jabatan-jabatan Teknikal Majlis Perbandaran Klang.
Sebanyak 15 peniaga yang telah dibanci oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja telah hadir dalam sesi taklimat tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Klang komited untuk memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik di samping tidak mengetepikan keperluan masyarakat dengan mendapatkan maklumbalas dan cadangan daripada pihak peniaga untuk agenda pembangunan seterusnya.