Sesi Menandatangani Perjanjian Bagi Sewaan Dan Pengurusan Aset Majlis
Sesi menandatangani perjanjian bagi sewaan dan pengurusan aset Majlis di mana Majlis diwakili oleh Pn Setiausaha MPK dan Y.A.D. Dato Setia Hj. Mohammed Khushrin Hi Munawi, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Orang Besar Daerah Klang telah dibuat pada 10hb April 2023
Perjanjian ini ditandatangani di Mesyuarat JK Khas Peningkatan Hasil, MPK Bil.1/2023 :-
1. Perjanjian Naik taraf dan Penyewaan Padang Bola Sepak (A dan B), Kompleks Sukan Pandamaran, Klang dengan pihak Arena Legacy Sdn Bhd untuk kegunaan pusat latihan dan aktiviti sukan bola sepak.
2. Perjanjian Naik taraf dan Penyewaan Stadium Mini Datuk R.Arumugam ( Padang Ventoran) dengan pihak Football Talent Asia PLT untuk kegunaan pusat latihan dan aktiviti sukan bola sepak.
3. Perjanjian Pengurusan dan Penyelenggaraan Dewan Sukan Andalas, Klang secara Penswastaan dengan pihak Setia Alam Badminton Arena Enterprise bagi tujuan kegunaan aktiviti sukan.