Selangor International Business Summit (SIBS) KE 7 TAHUN 2023
Pada hari ini, Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari hadir merasmikan Selangor International Business Summit (SIBS) ke 7 tahun 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Turut hadir menyampaikan ucapan EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, YB Ng Sze Han.
SIBS pada kali ini berlangsung bermula dari 19 Oktober 2023 hingga 22 Oktober 2023. Majlis Perbandaran Klang hadir menyertai tiga pameran iaitu Selangor Industrial Park Expo, Selangor Smart City and Digital Economy Convention dan Selangor R&D & Innovation Expo.
Orang ramai yang ingin melawat ke pameran SIBS boleh daftar di https://registration.selangorsummit.com/info dan paparkan kod QR semasa melalui pintu masuk pameran.