Program "We Care For The Ocean" Anjuran Enlightment Movement
Tarikh : 7 Januari 2024 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Esplanade Tanjung Harapan
07/01/2024 - Program pembersihan di sekitar kawasan pesisiran pantai Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dianjurkan oleh sebuah badan NGO (Enlightment Movement) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang, KDEB dan Kelab Warisan Sungai Klang dengan penyertaan seramai 100 orang.
Program turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan Kemasyarakatan dan Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Klang yang bersama-sama memeriahkan program bersama para peserta.
Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepedulian masyarakat setempat terhadap kelestarian laut serta usaha pemuliharaan keadaan pesisiran pantai yang menjadi salah satu tempat pilihan bagi aktiviti dan kawasan riadah bersama keluarga.