PROGRAM WALKABOUT SKIM HARGA MAKSIMUM KELUARGA MALAYSIA (SHMKM) PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI KOMPLEKS PASAR BESAR JALAN MERU OLEH PKPDNHEP BERSAMA DATO' HJ. ROSOL BIN WAHID, TIMBALAN MENTERI PKPDNHEP.
KLANG- Lawatan Pemeriksaan bersama Ketua Sektor Pencegahan PKPDNHEP, Tn Mohd Zaki Abd Samad dan Pengarah Pengurusan Pasar & Penjaja MPK bertujuan untuk memantau dan memastikan keakuran penjual menjual barangan yang telah diwartakan di dalam SHMKM pada kadar harga yang telah ditetapkan.
Seterusnya pemeriksaan dibuat oleh anggota penguatkuasa PKPDNHEP keatas barangan yang telah diwartakan seperti Harga Daging, Ayam, Ikan, telur dan lain-lain.
Dato Hj Rosol dan semua anggota membuat pemeriksaan juga pada bangunan PKNS.
Dato Hj Rosol menasihati agar paparan harga pada setiap barangan dipamerkan agar memudahkan orang ramai melihat.
Encik Azhar Samsudin, Pengarah Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja MPK turut mengiringi YB Timbalan Menteri.