Program Rewang Sekampung
30hb April - Program Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Peringkat Daerah Klang telah diadakan seawal pagi tadi.
Dato’ Menteri Besar menunjuk bakat menganyam ketupat pada program rewang sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Klang hari ini.
Datuk Seri Amirudin mengambil masa seminit lebih menyiapkan satu kelongsong ketupat sambil diperhati penduduk yang bergotong-royong memasak di Dewan Taman Seri Kerayong, Kapar.
Beliau turut membuat lemang dengan memasukkan beras pulut ke dalam buluh selain membuat menu tradisi Jawa iaitu lontong - Media Selangor
YDP MPK, TPr. Hjh Noraini Roslan hadirsama membantu aktiviti rewang bersama penduduk Tempatan.