PROGRAM PENYALURAN BANTUAN SELANGOR BANGKIT (BSB) DAERAH KLANG
KLANG, 22/02 - Majlis Perbandaran Klang bersama kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam serta Majlis Bandaraya Subang Jaya membantu Pejabat Daerah/Tanah Klang mengagihkan bantuan Selangor Bangkit bermula Selasa sehingga Jumaat di beberapa lokasi yang disediakan. Yang Dipertua MPK dan Timbalan Ydp turut membantu petugas dilokasi.
Majlis Perbandaran Klang menyediakan kemudahan pengangkutan kepada penerima yang ditelah dihubungi melalui SMS oleh Pejabat Daerah Tanah Klang.
MPK juga membantu menghubungi penerima juga menyelaraskan keperluan persiapan kemudahan lokasi bagi kakitangan bertugas dan penerima.
Selangor sasar semua mangsa yang layak akan terima sumbangan pada Jumaat ini. Agihan disalur mulai 3 petang hingga 8.30 malam.
3 Lokasi yang terlibat adalah :
Dewan Sri Kerayong
Dewan Kilat TNB Kapar
Dewan Kompleks Sukan Pandamaran.
Para penerima sumbangan diminta menjaga pematuhan SOP dan mengikut arahan yang disediakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada petugas petugas yang berkhidmat membantu menyelaraskan penyaluran Bantuan Selangor Bangkit (BSB).
Info - Jabatan Kemasyarakatan MPK
Sumber : FB MPKlang
Sila klik pautan di sini