PROGRAM KOMUNITI STRATA & CEGAH DENGGI MAJLIS PERBANDARAN KLANG 2020
LOKASI 1 - PANGSAPURI JALAN BATU NILAM 15, BUKIT TINGGI.
KLANG - Kempen Klang Sihat, Selamat dan Sejahtera merupakan sasaran objektif MPK pada tahun 2022 ini. Program Komuniti Strata dan Cegah Denggi ini diadakan bagi memperkasakan komuniti strata di dalam memastikan persekitaran tempat tinggal berada di dalam keadaan yang sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada penyakit berjangkit terutamanya demam denggi. Seterusnya mampu melahirkan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental.
Di samping itu, program ini juga dijadikan medium untuk masyarakat bersama-sama membantu pihak MPK dalam menjaga dan memelihara Bandar Klang agar sentiasa bersih dan indah. Menurut YDP MPK, YBrs. TPr.Hajah Noraini , usaha yang diambil oleh MPK ini diharap dapat melahirkan Klang sebagai bandar yang sihat, bersih dan selamat untuk didiami dan dilawati.
Antara aktiviti yang diadakan pada program ini ialah Pemeriksaan kesihatan asas percuma dari KPJ Klang iaitu pemeriksaan body mass index (BMI) percuma , tekanan darah tinggi dan gula dalam darah, Gotong-royong pembersihan kawasan bersama penduduk , Taklimat dan demonstrasi kepada wakilwakil penduduk sebagai agen komuniti yang berperanan menjalankan pencegahan dan pengawalan demam denggi secara kendiri di kawasan setempat yang dikenali sebagai agen Com-SCI20 iaitu Community Self Control Impact.
Aktiviti Penanaman pokok sebagai simbolik sambuatan Hari Bumi, Pembelian barangan yang boleh dikitar semula dan Pameran-pameran kesihatan seperti pameran denggi, pameran penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, kitar semula 5R, pameran daripada Hijrah Selangor & Plat Selangor dan pameran pelancongan daerah Klang.
Sebagai makluman juga, program ini akan diadakan lagi di 8 lokasi yang berbeza di kawasan Majlis Perbandaran Klang. Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tuan ADUN Sentosa YB Gunaraj George, Ahli Dewan Negeri Sentosa, Ahli Majlis MPK, En. Yew Boon Lye , En Mahendran Marimuthu Dan En. Prabu Munusamy, wakil-wakil penduduk dan wakil-wakil agensi / jabatan daerah Klang yang telah meluangkan masa yang turut hadir bersama pada program ini.
Sumber : FB MPKlang
Sila klik pautan di sini