Program Israk Mikraj Anjuran Pekerti MPK
Puan YDP, TPr. Noraini Roslan hadir ke Program Israk Mikraj anjuran PEKERTI MPK Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Hamzah.
Pada program ini, Puan YDP turut membuat penyampaian Skim Kecemerlangan Pelajaran Anak PEKERTI dan Sumbangan Tabung Jumaat kepada kakitangan MPK.
Turut diadakan program ceramah yang bertajuk “Tausiah Dari Peristiwa Israk Wal Mikraj” oleh Ustaz Zamril Anwar Shaibon dari Pejabat Agama Islam Daerah Klang.