Program Iftar Majlis Perbandaran Klang Bersama Komuniti 2023
Majlis Perbandaran Klang telah mengadakan Program Iftar Bersama Komuniti 2023 pada 10 April 2023 bersamaan 19 Ramadan 1444H di Surau Al-Firdaus, Kampung Atap, Jalan Raya Barat, Klang.
Program Iftar yang telah dihadiri seramai 200 orang peserta ini turut diisi dengan pengisian ilmiah dan rohani seperti Majlis Khatam Al Quran dan Ceramah Nuzul Quran bertajuk Iqra Bismi Rabbika Alladzi Khalaq yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd Luqman Khairani.
Program turut dihadiri oleh Timbalan YDP Majlis Perbandaran Klang, Puan Elya Marini bt Darmin, Ahli Majlis MPK Tuan Haji Halid bin Ka'ab, ketua-ketua jabatan dan kakitangan MPK.
Timbalan YDP Majlis Perbandaran Klang, Puan Elya Marini bt Darmin juga telah menyampaikan Sumbangan Khas MPK kepada pihak Surau Al-Firdaus yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Boerhan bin Wahi.
Program turut melibatkan kehadiran dari pelajar-pelajar Sekolah Menegah Agama Sultan Hishamudin Sg.Bertih, Klang yang turut bersama-sama dalam Majlis Khatam Al-Quran.