Program Dun Pelabuhan Klang.
05hb Feb - Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri mengadakan Malam Tayangan Khas filem "Coast Guard Malaysia: OPS Helang" DUN Pelabuhan Klang sempena menjelang Ulangtahun APMM yang ke -18. YDP MPK, TPr Hjh. Noraini Roslan dan warga MPK dijemput bagi memeriahkan lagi program Malam tadi.
Timb. Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim merasmikan Program Tayangan Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Hadirsama Sebagai jemputan Khas, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang ,Polis Marin,Jabatan Laut,APMM dan orang awam.
Persembahan komando dan pameran Maritim Malaysia diadakan di ruang legar pawagan.
Majlis Perbandaran Klang mengucapkan tahniah kepada YB Tn. Azmizam Zaman Huri kerana berjaya menganjurkan program penghargaan kepada Agensi yang berkhidmat kepada Negara & Masyarakat amnya.