Program Dialog Bersama Komuniti
04hb Mac - Sesi Dialog & Lawatan Adun Sentosa, YB Dr. Gunaraj George telah diadakan semalam di Taman Samarinda, Klang. Lebih 70 orang penduduk taman hadir ke program dialog ini. Ahli Majlis MPK, Tn Mahendran Marimuthu menyelaraskan perjumpaan bersama Komuniti kawasan.
Turut hadir Pengarah Kesihatan MPk, En Azmi Muji , wakil dari Jbtn Bangunan, Penguatkuasa, Perancang Bandar, Perkhidmatan Persekitaran, Kejuruteraan dari MPK dan kontraktor KDEB. Pelbagai masalah telah dibincangkan dalam sesi dialog dan beberapa keputusan telah diambil bersama bagi memastikan masalah penduduk ditangani. Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut serta menjayakan program ini.