Perhimpunan Warga Kerja Majlis Perbandaran Klang
Yang Dipertua ,TPr. Noraini Roslan menyampaikan ucapan perasmian pagi ini dan menyatakan pertemuan sebegini adalah sebagai satu wadah untuk semua warga berjumpa, berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama lain meskipun berbeza bahagian dan tugasan.
Perhimpunan yang bertemakan Hari kesihatan pada pagi ini, telah dihoskan secara bersama oleh empat jabatan iaitu Jabatan Taman & Rekreasi, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan.