Penyampaian Anugerah Komuniti Mampan Meriah
EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, YB Dato' Ng Suee Lim hadir merasmi dan menyampaikan anugerah bersama Yang Dipertua MPK YBhg. Datin Paduka TPr. Noraini Roslan.
Pelbagai program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini seperti program berkala komuniti strata, Car Free Day, Kebun Komuniti, Kejiranan Hijau, Penanaman Pokok, Kitar Semula dan Penjagaan Sungai. Kesemua program ini, menyokong kepada 17 SDGs Pembangunan Mampan. Manakala kepelbagaian projek MPK yang rancak berjalan seperti projek berdaya huni, MyPlace, Lorong Basikal, Pejalan Kaki, Bandar Pintar, Bandar Selamat, Rejuvenasi Bandar yang kesemuanya bagi memastikan kesediaan perancangan Pembangunan Mampan. Ianya selaras dengan kesemua Pelan Tindakan MPK dalam tempoh 5 tahun ini.
Datin Paduka TPr. Noraini Roslan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama erat anda semua selama ini, dalam membantu MPK menjayakan inisiatif, program dan aktiviti dalam usaha menjadikan Klang sebuah bandaraya yang mampan. Dan saya juga percaya, bahawa ianya masih mempunyai ruang untuk ditambahbaik dan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
Melalui SDG 17 iaitu Meningkatkan kesepaduan dasar untuk pembangunan mampan telah menghasilkan pencapaian pada hari ini. Kerja secara kesepaduan yang dijalankan dengan efektif, dapat memiliki berbagai impak positif untuk mencapai matlamat pembangunan mampan.
Beliau menyeru agar semua pihak dapat bersama-sama merealisasikan Klang sebagai Bandaraya Diraja Dan Warisan Yang Mampan. Semua pihak dipohon agar terus memberikan komitmen dan bekerjasama ke arah mensejahterakannya.