Operasi Penguatkuasaan Premis Tanpa Lesen
(PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, PELABUHAN KLANG) JABATAN PELESENAN,JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA,JABATAN PENGUATKUASA & JABATAN BANGUNAN
Pemeriksaan melibatkan 4 premis antaranya bengkel membaiki kenderaan,mengecat kenderaan dan 2 premis menyimpan kenderaan berat dan kesemuanya tidak mempunyai lesen daripada Majlis.
Tindakan 4 penutupan premis kerana beroperasi tanpa lesen di bawah Seksyen 101 (1) (V) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan kesemua premis berkenaan tidak mempunyai kelulusan struktur bangunan daripada Majlis.
Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis untuk merobohkan struktur tanpa kelulusan di bawah Seksyen 70 (Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974) dan kesemua premis juga tidak mempunyai kebenaran merancang (KM) daripada Majlis.
Jabatan Perancang Bandar Dan Desa telah mengeluarkan notis berhenti dan memulihkan tapak kepada keadaan asal di bawah Seksyen 19 Akta Perancang Bandar Dan Desa