Operasi Penguatkuasaan Premis Menjalankan Aktiviti Menyimpan Dan Memborong Barang Lusuh Tanpa Lesen (Jabatan Pelesenan & Jabatan Penguatkuasa)
LAPORAN:
1. Pemeriksaan telah dijalankan di Lot 395, Jalan Keretapi Lama,Klang
2. Premis menjalankan aktiviti seperti menyimpan dan memborong barang lusuh.
3. Siasatan selanjutnya mendapati premis beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah dari pihak Majlis (MPK).
4. 1 kompaun dikeluarkan atas kesalahan beroperasi tanpa lesen.
5. Kompaun di bawah UUK3 Pelesenan Tred, Perniagaan, Dan Perindustrian (MPK) 2007.