Operasi Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (Pandamaran,Telok Gong & Teluk Pulai) Jabatan Pelesenan & Jabatan Penguatkuasa
LAPORAN :
1. Pemeriksaan dijalankan ke atas 4 buah premis yang menjalankan aktiviti menyimpan dan menghantar barang-barang pelanggan, menyimpan bahan binaan, menyimpan jubin dan menyimpan barang -barang terpakai serta sebuah premis didapati adalah tanah kosong belum beroperasi atau menjalankan apa-apa aktiviti.
2. 2 premis mempunyai lesen tahun 2023 dan bakinya tidak mempunyai lesen daripada Majlis.
3. 2 kompaun telah dikeluarkan dibawah UUK 3 undang-undang kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Perbandaran Klang) 2007.