Operasi Penguatkuasaan Bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd (Aduan Pembuangan Sisa Lemak Babi Ke Dalam Lurang Pembentungan Awam Di Taman Perindustrian Sobena Jaya) Jabatan Pelesenan & Jabatan Penguatkuasa
LAPORAN:
1. Pemeriksaan telah dilakukan melibatkan 2 premis yang menjalankan aktiviti memproses daging dan makanan siap.
2. Kedua-dua premis didapati beroperasi tanpa lesen.
3. Semasa pemeriksaan terdapat sisa lemak babi dan minyak di lurang pembentungan di dalam kedua-dua premis. Premis ada menyediakan perangkap minyak dan sisa makanan tetapi tidak diselenggara dengan baik.
4. 1 kompaun di bawah UUK 3 undang-undang kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007 serta 1 kompaun dibawah UUK 3(1) undang-undang kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Klang) 2007 dan 2 kompaun di bawah UUK 20 undang-undang kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Klang) 2007.