Operasi Penguatkuasaan Aduan Premis Industri Beroperasi Tanpa Lesen Serta Menimbulkan Kacau Ganggu
LAPORAN:
1. Pemeriksaan telah dijalankan di lokasi berkenaan iaitu Jalan Damai, Kampung Batu Belah, Klang
2. Pemeriksaan mendapati premis sedang beroperasi dengan menjalankan aktiviti seperti membuat barangan perabot.
3. Siasatan selanjutnya mendapati premis ini beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah dari pihak Majlis (MPK).
4. Oleh itu, 1 Notis memberhentikan aktiviti secara serta merta diserah kepada pemilik syarikat di atas kesalahan beroperasi tanpa lesen.
5. Notis di bawah UUK 3 Undang Undang Kecil Pelesenan Tred Periniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007.