MESYUARAT MEJA BULAT BERSAMA AHLI PARLIMEN KAPAR
Puan YDP, TPr. Noraini Roslan mempengerusikan mesyuarat aduan bersama Ahli Parlimen P.109 Kapar, Y.B. Puan Dr. Halimah Ali yang hadir bersama wakil-wakil penduduk di kawasan parlimen Kapar.
Turut hadir, Pengarah Komunikasi Korporat Puan Norfiza Mahfiz, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran Encik Zaireezal Ahmad Zainuddin, Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan Encik Ir. Mohd Zaidi Zainal dan Pemangku Pengarah Jabatan Taman & Rekreasi Puan Azzura Zainal.