Majlis Sambutan Ulang Tahun Persatuan Bulan Sabit Malaysia Ke 75 Peringkat Negeri Selangor Dan Makan Malam Sumbangan Dana
14hb OKT - Majlis Perbandaran Klang dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Persatuan Bulan Sabit Merah yang ke 75 Peringkat Negeri Selangor dan Majlis Makan Malam Sumbangan Dana yang berlangsung di MAHSA Ballroom, Bandar Saujana Putra.
Majlis dihadiri oleh YM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, Tengku Laksamana Selangor.
Encik Azmi Muji, Pengarah Jabatan Kesihatan Mpklang hadir ke majlis mewakili Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Klang.