Majlis Penyerahan Surat Pelantikan & Amanat Sebagai Datuk Bandar
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datin Paduka TPr. Noraini Roslan yang telah menerima Surat Pelantikan dan Amanat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Klang berkuatkuasa 2 Januari 2024 bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Slahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.
Surat Pelantikan dan Amanat sebagai Datuk Bandar disampaikan oleh YB. Dato' Setia Haji Haris Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan turut disaksikan oleh YBhg. Dato' Johary Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).