Majlis Penutup Ekspo Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi (SRIE) Tahun 2022
Majlis Perbandaran Klang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua, Puan Elya Marini Darmin bersama ahli-ahli kumpulan telah dijemput sebagai pemenang bagi Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) dan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) tahun 2022.
Pada penyertaan MPIPANS tahun ini, kumpulan N-Force dan EvoteR9 telah berjaya mendapat tempat naib johan dan tempat ketiga bagi kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan) dan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan).
Manakala bagi AINS pula kumpulan N-Force juga berjaya mendapat Naib Johan I bagi kategori sektor awam (PBT).
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Haris Kasim merasmikan majlis penutup SRIE bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.