Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman
Yang Dipertua, TPr. Noraini Roslan mewakili MPK di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Projek "Rejuvenation of Klang Smart Heritage City" antara Majlis Perbandaran Klang dan Cheil Engineering dari Republik Korea.
Majlis tandatangan turut disaksikan oleh Pegawai Diplomatik Kedutaan Republik Korea ke Malaysia, Mr. Oh Sooyoung, Mr. Kim Jaegon dari Korea Overseas Infrastructures & Urban Development Corporation (KIND) dan Timbalan YDP, Puan Elya Marini Darmin. Majlis telah diadakan di Wyndham Hotel, Klang.