Majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK 2023
EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, YB Dato' Ng Suee Lim hadir merasmi dan menyampaikan anugerah bersama Yang Dipertua MPK, Datin Paduka TPr. Noraini Roslan di Majlis Anugerah Komuniti Mampan Majlis Perbandaran Klang 2023 bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang.
Hadirsama di Majlis Penyampaian Anugerah ini, ADUN-ADUN di kawasan Klang, YB Azmizam Zaman Huri , YB YB Tuan Leong Tuck Chee , YB Dr. Gunaraj George , YB Mariam Abdul Rashid , Ahli-Ahli Majlis MPK, Agensi-Agensi Kerajaan terlibat dan ketua-ketua jabatan dalaman MPK.
Majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK 2023, adalah sebuah majlis yang dilaksanakan secara tahunan untuk menghargai usaha berterusan warga Klang di dalam menyokong matlamat pembangunan mampan, ‘Sustainable Development Goals’ atau ringkasnya disebut sebagai ‘SDGs’.