Majlis Amanat Tahun Baru 2024 Yab Dato' MB Selangor
Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 bersama YAB Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari dan Penjawat Awam Negeri Selangor bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz.
Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Klang, YBhg. Datin Paduka TPr. Noraini Roslan telah dijemput memimpin bacaan ikrar penjawat awam semasa majlis berlangsung. Ia merupakan simbolik penghormatan yang diberikan oleh Kerajaaan Negeri kepada kepimpinan wanita di Negeri Selangor.
Pada majlis sama juga, Kumpulan Evoters dari Majlis Bandar Raya Klang telah dianugerahkan Anugerah Emas sebagai penghargaan kumpulan inovasi yang mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor ke pertandingan antarabangsa.