Lawatan Tapak Ke Kawasan Berisiko Terbakar Di Johan Setia, Klang Selangor
07hb Mei- Satu Lawatan bersama YB Nik Nazmi , Menteri Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) ke Kawasan Revolusi Hijau Johan Setia, Klang, Selangor.
Lawatan turun padang pagi ni telah disertai oleh Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor, YB Hee Loy Sian dan Yang Dipertua MPK, TPr. Hjh. Noraini Roslan.
Lawatan ini bagi melihat kaedah pemantauan dan tindakan dalam menangani serta mencegah kebakaran di kawasan berisiko serta mudah terbakar (fire prone) iaitu tanah gambut di situ yang dijalankan di bawah Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi- agensi pelaksana lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan di Daerah Klang.
Turut hadir bersama Encik Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan YBhg. Dato’ Mohamad Razif Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga, Alam Sekitar & Perubahan Iklim).
https://www.facebook.com/100064310274794/posts/610650271088643/?mibextid=Nif5oz