Lawatan Kerja Majlis Perbandaran Klang
14 April - Satu mesyuarat khas telah diadakan bersama YB Gunaraj George , ADUN Sentosa dan Ahli Majlis MPK, Tn. Mahendran Marimuthu serta Tn. Prabu Munusamy , Pengarah Komunikasi Korporat MPK dan Pn Norfiza Mahfiz mengenai cadangan menaiktaraf Taman Sentosa kepada Bandar Sentosa. Selain itu turut membincangkan berkaitan dengan kriteria yg perlu ditambahbaik seiring dengan kualiti perkhidmatan di kawasan Taman Sentosa yang perlu dipertingkatkan.
Beberapa cadangan berkenaan dengan kriteria telah dibentangkan oleh pihak MPK dan mendapat respon yang positif daripada YB.Gunaraj.
Mesyuarat ini turut dihadiri pegawai2 MPK.