Lawatan Kerja
Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menerima kunjungan mesra daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini bagi lawatan kerja - Sesi perkongsian ilmu berkaitan sewaan petak letak kereta di kawasan pentadbiran MPK .
Di pengerusikan oleh TYPD Pn.Elya Marini Binti Darmin serta dihadiri oleh Pengarah Penguatkuasa, Pengarah Kewangan dan Pengarah Undang-undang serta wakil Jabatan dalaman. Objektif utama sesi lawatan tersebut adalah untuk perkongsian idea dan informasi bagi mempelajari pengurusan sewaan petak letak kereta yang laksanakan oleh Bahagian Tempat Letak Kereta, Jabatan Penguatkuasa, MPK.
Delegasi ini seramai 25 orang pegawai daripada MPKj yang diketuai oleh En. Mohd Zahiruddin Bin Zamzam, Timbalan Pengarah Perbendaharaan, MPKj.
Sesi perkongsian ilmu yang bermula pada jam 10:00 pagi tersebut dimulakan dengan sesi pengenalan dan suai kenal antara kedua-dua pihak. Slide perbentangan telah dikongsikan oleh Tuan Andry Arman Bin Masron, Pengarah Penguatkuasa MPK berkenaan pengurusan dan penyelenggaraan petak letak kereta, jenis-jenis petak tempat letak kereta, pengurusan aduan, penguatkuasaan dan operasi yang dijalankan, Jumlah keanggotaan, sistem pengurusan kupon yang digunapakai (Smart parking MPKlang & Smart Selangor Parking), sistem e-Kompaun MPK serta pengurusan hasil.
Sehingga 31 disember 2022, terdapat sebanyak 38,408 petak letak kereta yang telah diwartakan dalam kawasan MPK.