Kursus Pembudayaan Dan Pematuhan Keselamatan ICT Siri 3 Tahun 2023 Majlis Perbandaran Klang
Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menganjurkan Kursus Pembudayaan dan Pematuhan Keselamatan ICT Siri 3 tahun 2023 bertempat di Auditorium Raja Ismail MPK yang disertai oleh kumpulan pelaksana jabatan dalaman MPK.
Tajuk yang telah dipilih bagi siri kali ini adalah berkenaan Akta 709 iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari Jabatan Perlindungan Data Peribadi Kementerian Komunikasi dan Digital iaitu Encik Wan Mazlan bin Wan Ismail, Pegawai Penerangan dan Encik Mohd Razip bin Jantan, Pegawai Penguatkuasa.
Yang Dipertua MPK, TPr. Hjh. Noraini Roslan menyampaikan penghargaan kepada para penceramah di akhir program. Seramai 80 kakitangan MPK menyertai bengkel Kali Ini.