Kronologi Penyelesaian Isu Surau An Nur (Taman Sri Andalas) Aduan Berkarat
3 MAC 2023 : Lawatan bersepadu melibatkan Jabatan Penguatkuasa,Perkhidmatan Persekitaran,Kejuruteraan dan Komunikasi Korporat bersama pengurusan Surau An Nur diadakan bagi meninjau isu berbangkit di situ.
28 MAC 2023: Permasalahan Surau An Nur dibentangkan di dalam Mesyuarat Penyelarasan Aduan Berkarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Yang Di Pertua,Puan Elya Marini Darmin https://www.facebook.com/100069135184880/posts/524937953154040/?d=w&mibextid=qC1gEa
Antara isu yang dibangkitkan ialah longkang pecah,kerosakan ‘feeder pillar’ dan kabel lampu yang jatuh di pagar surau,cat garisan jalan (pudar) dan beberapa isu lain.
9 MEI 2023 : Jabatan yang terlibat membentangkan gerak kerja dan penyelarasan penyelesaian aduan di Surau An Nur dalam Mesyuarat Penyelarasan Aduan Berkarat https://www.facebook.com/100069135184880/posts/547189604262208/?d=w&mibextid=qC1gEa antaranya kenderaan terbiar (Jabatan Penguatkuasa),kabel lampu (Jabatan Kejuruteraan),pengalihan tong sampah (Jabatan Perkhidmatan Persekitaran) dan penjaja tanpa lessen ( Jabatan Pengurusan Pasar Dan Penjaja)