KEMPEN RAIKAN HARI BUMI.
MPKLANG - Sempena Sambutan Raikan Hari Bumi, selain dari menyokong kempen memadamkan lampu selama satu jam bermula dengan bangunan MPK dari 8.30 - 9.30 malam tadi, MPK melalui Persatuan Kelab Sukan & Sosial MPK merancang beberapa program bersama.
Selain dari akvititi bersama Komuniti,YDP juga menyokong agenda Kelab sukan & sosial demi kesejahteraan warga MPKlang.
Program seperti Ekplorasi Gunung Kerunai setinggi 1000 meter adalah antara acara yang dirancang untuk meraikan Hari Bumi. Program yang diketuai oleh YDP MPK ni, dapat memupuk kesedaran rasa kecintaan terhadap keindahan alam semulajadi di samping melakukan aktiviti sihat.
Sumber : FB MPKlang
Sila klik pautan di sini