Kempen Gotong Royong Bandar Klang Anjuran Gabungan Persatuan Penduduk Klang
07/01/2024 - MPK dijemput menyertai bersama Kempen Gotong-Royong Bandar Klang bersama Gabungan Persatuan Penduduk Klang telah dijalankan di sekitar kawasan Jalan Gopeng, Klang bersama jabatan-jabatan dalaman MPK.
Di antara aktiviti yang dijalankan adalah penangkapan dan pemusnahan tikus, pameran kesedaran demam denggi, pemberian abate dan aerosol serta gotong-royong pembersihan kawasan dan kutipan sampah.
Turut hadir bersama adalah Ahli Parlimen Klang, YB Ganabatirau, ADN Bandar Baru Klang, YB Tn Dr Quah Ferng Fei, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato Low Kam Tong, En. Azmi Muji ,Pengarah Jabatan Kesihatan Mpklang dan ahli-ahli majlis MPK.