KEJOHANAN SUKAN PING PONG PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) TAHUN 2022
Majlis Perbandaran telah menyertai Kejohanan Sukan Ping Pong Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2022 anjuran MALA dengan kerjasama Majlis Daerah Pekan bermula pada 5 hingga 7 Ogos 2022 bertempat Di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang.
Pasukan Majlis terkandas di peringkat Pusingan kedua apabila diundi bertemu dengan Majlis Bandaraya Kuantan. Pertembungan bersama Majlis Bandaraya Kuantan ini menjadi tumpuan orang ramai kerana kedua- dua pasukan ini seperti perlawanan Separuh Akhir pada kejohanan edisi yang lalu.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain walaupun kita tewas pada kali ini, tetapi semangat tidak melawan dan kesukanan serta persahabatan dikalangan warga PBT Malaysia tetap dikekalkan.