Kejohanan Lawn Bowls U25 Mixed Triples Open Championship Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang 2023
17hb DIS - Kejohanan Lawn Bowls U25 Mixed Triples Open Championship Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang 2023 telah berlangsung di Kompleks Boling Padang, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kejohanan yang berlangsung bermula 12-17 Disember 2023 ini menyaksikan 40 pasukan dari seluruh Malaysia bertanding merentap gelaran juara.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Paduka TPr. Noraini Roslan, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang.