KEJOHANAN BOLING TERBUKA PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN JASIN
Kejohanan Boling Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin telah berlangsung di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC). Kejohanan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KLIK) Majlis Perbandaran Jasin ini telah disertai oleh 31 pasukan terdiri daripada agensi, syarikat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 03/02/3024.
Pasukan tenpin boling Majlis Bandaraya DiRaja Klang telah menjuarai kejohanan pada kali ini. Anugerah Jatuhan Pin Tertinggi Kategori Lelaki turut dirangkul oleh pemain Majlis Bandaraya DiRaja Klang, Muhammad Shahril Hafiz bin Amiruddin.
Tahniah dan Syabas kepada pemenang.
Sumber : FB Majlis Bandaraya Diraja Klang
Sila klik pautan di sini