Kejohanan Boling Padang Bandar DiRaja Klang U18 Piala Pengerusi MSD Klang 2023.
Pasukan Kolej Tingkatan 6 Sri Istana A telah menjadi Juara dengan mengalahkan pasukan Kolej Tingkatan 6 Sri Istana D dengan kiraan mata 7-6 pada perlawanan akhir sebentar tadi. Manakala pasukan Sekolah Menengah Tinggi Klang dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah B menduduki tempat ketiga bersama.
Majlis penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh YBrs TPr Pn Hajah Noraini bt Roslan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah Klang. Turut hadir bagi memeriahkan pada Majlis tersebut ialah En Khalifi Ahmad wakil Pegawai Pendidikan Daerah Klang dan YBhg Dato’ Zanzali b Mohamed wakil Persatuan Boling Padang Selangor.
Pada akhir Majlis penyampaian hadiah turut diumumkan senarai panjang Atlet yang terpilih ke latihan pusat bagi mewakili pasukan SUKSES daerah Klang nanti.