Kejohanan Boling Antara Media Anjuran Majlis Perbandaran Klang 2023
Sekitar Kejohanan Boling Antara Media Anjuran MPK 2023 sebagai tanda penghargaan kepada agensi media bertempat di Klang Bowling Harbour Place.
Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua, YBhg Datin Paduka TPr. Noraini Roslan dan turut dihadiri oleh Timbalan YDP, Tuan Zaireezal Ahmad Zainuddin dan ketua-ketua jabatan dalaman MPK.
Sekalung penghargaan kepada agensi media di atas kerjasama yang baik dalam meyampaikan maklumat kepada masyarakat selain membuat promosi untuk pelbagai program, pencapaian dan pengiktirafan yang diterima oleh MPK sepanjang tahun 2023.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan penaja Kejohanan Boling Antara Media Anjuran MPK 2023 seperti 99 Speedmart dan MBI yang memberi sumbangan untuk majlis ini.