Karnival Kerjaya Myfuturejobs & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Negeri Selangor 2023
06hb Mei - Pada hari ini telah berlangsung Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Negeri Selangor tahun 2023 bertempat di Dewan Hamzah, Klang.
Program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga esok menyediakan lebih 7,400 peluang pekerjaan kepada lepasan graduan dan suri rumah yang ingin mencari kerja yang ditawarkan oleh syarikat dan agensi-agensi yang terlibat. Orang awam yang hadir pada hari ini akan ditemuduga secara langsung dan keputusan akan dimaklumkan sama ada pada hari yang sama atau dalam masa terdekat.
Karnival Kerjaya MyFutureJobs membawa skim terbaharu PERKESO iaitu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang dikuatkuasakan pada 1 Disember 2022. Skim ini yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838), menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah apabila berlaku kemalangan, penyakit atau kematian menerusi perlindungan bencana dan keilatan.
Turut hadir merasmikan karnival ini Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V. Sivakumar, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Klang, YB Tuan Ganabatirau Veraman, Pengerusi Lembaga Perkeso , YBhg. Dato’ Sri Subahan Kamal, Ketua Eksekutif PERKESO, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang, Pn Norfiza Mahfiz mewakili Yang Dipertua MPK ,Pengarah Wilayah Tengah Lembaga Tabung Haji, Tuan Haji Khairul Azihar bin Rapar dan Pengarah PERKESO Negeri Selangor merangkap Pengerusi Gerak Kerja Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Suri Rumah Negeri Selangor2023, Encik Ismail Abi Hashim.
YB Tn. Azmizam Zaman Huri turt hadir ke Karnival MyFutureJobs.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=662294222603160&id=100064677642888&mibextid=Nif5oz