SELANGOR PRIHATIN RAKYAT SEJAHTERA.
KLANG, 26/02. Karnival Jelajah 'JOBCARE' Selangor bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Klang dan PERKESO Selangor telah pun berakhir jam 5.00 petang tadi. Seramai hampir 300 pemohon telah hadir di sesi temuduga di Dewan Hamzah. Sebanyak 10 syarikat ternama yang mengambil bahagian dalam program ini menawarkan peluang pekerjaan di Negeri Selangor.
Sesi temuduga yang dijalankan mematuhi SOP yang ditetapkan. Karnival yang diadakan ini telah mendapat pujian dari syarikat-syarikat yang terlibat dan juga pemohon kerana menyediakan ruang yang selesa dan selamat.
Terima kasih kepada semua pihak yang mengambil bahagian dan kepada pihak penganjur Jelajah JobCare bersama PERKESO inisiatif UPPS - YB Tuan Ganabatirau Veraman , Exco Kerajaan Selangor.
Pelbagai syarikat di daerah Klang mengambil bahagian menawarkan ratusan peluang pekerjaan kepada warga Selangor. PERKESO juga turut menyediakan kaunter khidmat nasihat.
Kedatangan orang ramai ke program ini amat dialu-alukan demi membantu rakyat khususnya di daerah Klang bagi mendapatkan peluang pekerjaan di Negeri Selangor.
Sumber : FB MPKlang
Sila klik pautan di sini