INTIPAN MPKLANG BERJAYA MENYITA LORI PEMBUANG SAMPAH HARAM.
MPKLANG- Operasi sitaan terhadap lori yang melakukan pembuangan sampah secara haram dibuat atas maklumat awam pada 18 dan 19 Januari 2022, pihak pasukan dari Jbtn Perkhidmatan Persekitaran telah membuat intipan dan serbuan bersama Penguatkuasa MPK terhadap aktiviti pembuangan sampah secara haram di beberapa lokasi. Hasil serbuan mendapati 4 buah lori yang sedang membuang sampah di dua lokasi berbeza iaitu di Jalan Abd Samad 2, Kapar dan Jalan Jeti, Pandamaran.
Mengikut rekod jabatan, lori lori terbabit pernah disita sebelum ini menunjukkan mereka masih berdegil dan tidak serik melakukan kesalahan yang sama.
Pihak pasukan telah menyita keempat empat lori terbabit dibawah kesalahan Undang undang Kecil 21 Pembuangan , pelupusan dan pemungutan sampah MPK 2007.
lori terbabit telah dibawa ke stor Pejabat Penguatkuasa Mpklang untuk tindakan selanjutnya.
Sekiranya terdapat aduan mengenai sampah haram anda boleh menghubungi terus ke talian pantas (Jabatan Penguatkuasa MPK) beroperasi 24 jam - 03 33701095.
Sumber : FB MPKlang
Sila klik pautan di sini